AFP/GETTY IMAGES/ Yahoo
A boy lies on his hospital bed bandages covering his eyes in Taiyuan, Shanxi province, China on Tuesday. The 6-year-old boy was drugged and had his eyes gauged out, reports said, in a gruesome attack that may have been carried out by an organ trafficker.
CHINA - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Binbin, dari kota Linfen, Provinsi Shanxi, China, hilang ketika bermain di depan kediamannya.
Beberapa jam kemudian Binbin ditemui sedang menangis kesakitan dengan wajahnya berlumuran darah. Rupanya Binbin kehilangan kedua bola matanya. Polis percaya kejadian brutal ini di dalangi komplot penyelundup organ tubuh manusia ..
"Wajahnya anak ini penuh darah. Kelopak matanya terbalik dan bola matanya hilang," kata ayah Binbin kepada stesyen televisyen Shanxi.
Stesyen televisyen pemerintah CCTV melaporkan, Binbin dibius dan kehilangan kesedaran sebelum penyerang mencungkil kedua bola matanya. CCTV melaporkan, bola mata Binbin ditemui kemudiannya, tetapi kornea matanya telah hilang.
Polis Fenxi menawarkan wang hadiah sebanyak 10,500 poundsterling bagi siapa saja yang memberikan maklumat yang dapat memandu polis ke arah pelaku perbuatan kejam ini. Polis percaya pelaku jenayah keji ini adalah seorang perempuan.
Kira-kira 300,000 orang di China memerlukan transplantasi setiap tahunnya. Namun, hanya sekitar 10,000 orang saja yang boleh mendapatkan transplantasi akibat sedikitnya penderma. Keadaan ini membuat penyeludupan organ tubuh manusia marak terjadi di China.
Organ tubuh anak-anak dihargai jauh lebih mahal di pasar gelap. Sebab, "konsumen" berfikir semakin muda usia organ itu maka kualitinya akan semakin bagus. Tahun lalu, polis memenjarakan tujuh orang remaja yang menjual ginjal mereka untuk membeli iPhone dan iPad.
Catatan idahsalam 28 Ogos 2013
Catatan idahsalam 28 Ogos 2013
0 komentar:
Posting Komentar