Selasa, 31 Desember 2013

10 Wanita Cantik Yang Aslinya Adalah Pria

- 0 komentar
Banyak sekali perempuan cantik di dunia ini. Tapi tahukah kamu kalau rupanya tak hanya model-model cantik saja di dunia ini. Ada beberapa orang transgender (waria) yang juga dianggap cantik dan terkenal sebagai model.
Meski tampak layaknya model cantik yang menggoda, namun sebenarnya para transgender itu tetap saja menyimpan orang reproduksi pria. Meski ada beberapa di antaranya yang menanggalkan keperjakaannya, tetap saja mereka adalah pria.
Percayalah, pria-pria yang menjadi transgender bahkan kerap kali tampak lebih cantik daripada perempuan sebenarnya. Jadi untuk kamu para pria, hati-hati jatuh cinta ya.
1. Andrej Pejic
Andrej Pejic
Sosok yang terlahir sebagai pria berdarah Serbia-Australia ini dikenal dengan Andrej Pejic yang populer lantaran sukses menampilkan pakaian pria dan wanita sama baiknya. Bahkan Pejic berada di peringkat ke-18 dalam daftar 50 model pria terbaik dan nomer ke-98 dalam daftar 100 perempuan terseksi di dunia versi majalah FHM pada tahun 2011.
2. Chen Lili
Chen Lili
Terlahir pada Februari 1980, Chen Lili adalah seorang penyanyi, model, dan aktris transseksual asal China. Lili menjadi perbincangan lantaran ikut dalam kontes kecantikan di tahun 2004 sebagai perempuan. Terlahir dengan nama Chen Yongjun, Lili melakukan operasi transgender pada November 2003. Dan pada 11 Februari 2004, Lili memiliki KTP sebagai seorang perempuan.
3. Claudia Charriez
Claudia Charriez
Melihat sosok Claudia Charriez, kamu pasti tak akan menduga bahwa perempuan bertubuh menggoda ini aslinya adalah seorang pria. Ya, karena bentuk tubuhnya yang begitu perempuan, Charriez meraih kemenangkan dalam Americas Next Top Transsexual Model pada tahun 2009 lalu. Setuju kan kalau seksi?
4. Jenna Talackova
Jenna Talackova
Jenna Talackova adalah model transgender asal Kanada yang mengikuti ajang pemilihan wanita cantik sedunia, Miss Universe 2012. Talackova dikenal lantaran begitu aktif membela hak-hak kaum transgender untuk setara dengan perempuan tulen dan mengikuti berbagai kontes bergengsi. Well, dia cantik kan?
5. Kayo Satoh
Kayo Satoh
Kayo Satoh terlahir pada 26 Desember 1988 di prefektur Aichi dan merupakan model serta selebritis TV di Jepang yang terkenal. Sosok Satoh kembali meraih popularitas pada tahun 2010 di Jepang dan luar negeri setelah dirinya mengakui terlahir sebagai seorang pria melalui blog pribadinya. Wow, padahal Satoh sangat sempurna sebagai perempuan.
6. Harisu
Harisu
Harisu adalah nama panggung Lee Kyung Eun yang terlahir dengan nama Lee Kyung Yeop pada 17 Februari 1975. Dirinya adalah model, penyanyi pop, dan aktris dari Korea Selatan. Terlahir sebagai pria, Harisu melakukan operasi transgender pada tahun 1990-an dan menjadi entertainer pertama Korea Selatan yang transgender. Pada tahun 2002, dirinya menjadi orang kedua di Korea yang resmi mengubah jenis kelamin.
7. Kim Petras
Kim Petras
Kim Petras terlahir pada 27 Agustus 1992 di Cologne, Jerman. Dirinya adalah seorang penyanyi pop remaja. Petras memiliki ciri khas lagu dengan genre electronic dance pop dan sudah dikontrak label indie Joyce Records. Petras menjadi pembicaraan publik luas secara global lantaran dirinya melakukan operasi transgender di usia yang sangat muda.
8. Lea T
Lea T
Lea T adalah model asli Brazil yang terkenal lantaran menjadi transgender. Berdarah Amerika Selatan sukses membuat Lea menjelma menjadi perempuan yang sangat seksi dan cantik, terutama saat membawakan bikini di atas catwalk. Bahkan badan Lea dikaruniai pesona yang luar biasa layaknya perempuan sejati.
9. Nong Poy
Nong Poy
Saknarin Marnyaporn terlahir pada 5 Oktober 1986 dan lebih dikenal dengan nama Nong Poy atau Treechada dan menjadi model serta aktris Thailand. Terlahir sebagai pria, Poy melakukan operasi transgender saat berusia 17 tahun. Semenjak kecil, Poy menyadari dia adalah perempuan, namun bersikap sebagai pria saat di depan orangtuanya.
10. Sirapassorn Atthayakorn
Sirapassorn Atthayakorn
Masih berusia 21 tahun, namun Sirapassorn Atthayakorn sudah menjadi pemenang dalam ajang kecantikan Miss International Queen pada tahun 2011 silam. Sosok Atthayakorn diyakini sebagai salah satu transgender tercantik di dunia. Hmm, hati-hati untuk kamu para pria yang bepergian ke Thailand ya. Jangan sampai keliru mengenali pria dan wanita.
 
 
sumber
[Continue reading...]

Bersih…Tolong Jawab Ini Bendera Siapa

- 0 komentar

Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.
Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.
Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera Republik Singapura dan Indonesia
Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?
Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?
Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.
Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.
Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.
Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah-celah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.
Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.
Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.
Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.
Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.
Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.
Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.
Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.
Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.
Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.
Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.
Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.
Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.
Tiada insiden tidak diingini berlaku. (Agendadaily.com)
[Continue reading...]

Senin, 30 Desember 2013

Dewan Rakyat Dikejutkan Pendedahan Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel

- 0 komentar
Wikileaks Dedah Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel?

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).
Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.
Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.
“Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?
“Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.
Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.
“Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang,” katanya.
Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.
Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.
Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.
Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.
Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks. – Mstar.com.my
[Continue reading...]

Elak Bayar Cukai Dianggap Pengkhianat Negara

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.

Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

“Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya,” katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

“Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju,” katanya.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan.

“Kita tadbir negara mestilah ada `sense of responsibility’, kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna,” katanya.

Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama.

Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera. – BERNAMA
[Continue reading...]

VIDEO Bila Johan Nyanyi Lagu Gangnam…Ah Chai Jahanam Style!

- 0 komentar
VIDEO: Bila Johan Nyanyi Lagu Gangnam...Ah Chai Jahanam Style!


Kalau buat lawak tiru orang ni, rasanya Johan memang champion la kan.
Dr. Fadzillah Kamsah dah kena, Alleycats dah kena, Herman Tino dah kena…kali ni dia ‘mangsakan’ pula Psy yang tengah ‘viral’ dengan lagu Gangnam Style tu.
Kali ni Johan tukar lagu tu kepada ‘Ah Chai Jahanam Style’.
Habis semua soya bean, taufu fah, pasang tile dan entah apa-apa senikata lagi ‘disumbatkan’ dalam lagu tu.
Acehner tu Johan... - MyNewHub

[Continue reading...]

Minggu, 29 Desember 2013

4 Batu Mutiara Yang Paling Terkenal di Dunia

- 0 komentar
Kerang penghasil mutiara umumnya berasal dari famili Pteriidae, namun yang umum dikenal hanya jenis-jenis tertentu seperti gold atau silver-lip pearl oyster (kerang mutiara bibir emas atau bibir perak) Pinctada maxima, black-lip pearl oyster (kerang mutiara bibir hitam)
Pinctada margaritifera, Akoya pearl oyster (kerang mutiara Akoya) Pinctada fucata dan the winged-pearl oyster (kerang mutiara bersayap) Pteria penguin.

Semua anggota famili ini hidup di laut. Sedangkan moluska lain penghasil mutiara yang sejauh ini dikenal berasal dari kelompok abalone dan beberapa gastropoda lain serta beberapa jenis kerang bivalvia air tawar.

Setiap jenis kerang mutiara menghasilkan mutiara dengan spesifikasi yang berbeda. Pinctada maxima menghasilkan mutiara relatif lebih besar dari semua jenis kerang penghasil mutiara, berwarna perak, emas dan krem. Jenis ini banyak dibudidayakan di Indonesia, Birma, Thailand dan Australia.

Sedangkan kerang jenis Pinctada margaritifera merupakan primadona negara-negara pasifik selatan. Mutiara yang dihasilkannya bervariasi dari warna krem sampai warna hitam. Warna hitam merupakan warna yang diminati pelanggan mutiara dunia saat ini. Dengan demikian harganya sangat mahal. Diameter mutiara yang dihasilkan umumnya lebih kecil daripada yang diproduksi Pinctada maxima.


Sementara Pinctada fucata adalah jenis yang banyak dibudidayakan di Jepang, dan Pteria penguin tidak banyak dibudidayakan karena sejauh ini hasilnya diperuntukkan hanya pada kalangan tertentu mengingat bentuk mutiara yang dihasilkan umumnya tidak bundar.

1. PEARL of ALLAH / Lao-Tze Pearl

Pearl of Allah (secara resmi dikenal dengan nama Lao-Tze pearl) adalah mutiara terbesar di dunia yang ditemukan pada tahun 1934 di lepas pantai Pulau Palawan oleh seorang penyelam Filipina.
Mutiara ini dijadikan hadiah kepada Wilbur Dowell Cobb oleh kepala suku di Palawan pada tahun 1936 karena Cobb telah menyelamatkan nyawa anaknya.

Keturunan Cobb menjual mutiara ini kepada toko permata di California tahun 1980 dengan harga 200.000 dollar AS. Harga saat ini ditaksir sebesar 40 juta dollar AS.

Mutiara raksasa ini ditemukan di dalam kima raksasa Tridacna gigas. Hal yang tak mungkin dihasilkan oleh kerang mutiara dari Family Pteriidae atau kerang penghasil mutiara dari jenis lain.
Bentuk mutiara Pearl of Allah tidak beraturan (baroque) dan menyerupai otak kepala besar. Panjang yang mencapai 23.8 cm dan berat 6.4 kilogram menjadikannya sebagai mutiara terbesar yang ditemukan selama ini.


2. La Peregrina

La peregrina atau Sang pengelana (musafir) adalah mutiara yang ditemukan di Kepulauan Perlas, lepas pantai Panama pada tahun 1500-an. Konon, mutiara ini ditemukan oleh seorang budak yang menginginkan kebebasan sebagai bayaran dari mutiara yang ditemukannya.

Mutiara ini dibawa dan diserahkan kepada Raja Spanyol Phillip II dan sang raja menghadiahkannya kepada Ratu Maria, sebagai hadiah pernikahan. Saudara dari Napoleon I, Joseph Bonaparte mengambil mutiara ini dan membawanya ke Prancis dan akhirnya sampailah mutiara ini kepada Duke of Abercrombie.

Akhirnya, mutiara ini dibeli dengan harga 37 ribu dollar amerika oleh Richard Burton dan menghadiahkannya sebagai hadiah Valentine’s Day kepada Elizabeth Taylor. Keunikan dari mutiara ini, disamping perjalanannnya yang begitu panjang, dia memiliki bentuk seperti air mata atau buah pir, dan memiliki berat 10.192 gram.


3. Big Pink Pearl

Mutiara besar bewarna pink ini berharga 4.7 juta dollar amerika pada tahun 1991. Dia dicatat dalam buku Guiness Book of Records sebagai mutiara yang paling besar yang ditemukan dari abalone (Haliotis).
Berbentuk baroque dan memilik berat 470 carat setara dengan 94 gram. Mutiara ini dimiliki oleh Wesley Rankin yang menemukannya di Salt Point State Park, California pada tahun 1990.


4. Abernathy Pearl

Mutiara alami dari air tawar ini ditemukan oleh William Abernathyl, sang penyelam mutiara di sungai Tay pada tahun 1967. Dengan berat 44 grains, mutiara ini dianggap mutiara yang paling sempurna yang ditemukan dari sungai-sungai di Skotlandia. Mutiara ini diberi nama “the little willie”.


sumber
[Continue reading...]

Isu PTPTN Sekat ke luar negara sudah memadai

- 0 komentar
Mohd Shahar Abdullah

SHAH ALAM – Aspirasi hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan tersebut akan menambahkan beban kepada peminjam dana pengajian itu terutamanya golongan muda.

Menurutnya, peminjam dana tersebut sebenarnya telah mempunyai kesedaran selepas usaha kerajaan yang memberi potongan diskaun untuk membayar balik pinjaman.

“Saya rasa terkejut apabila mendengar berita tentang peminjam PTPTN yang ingkar akan disenaraikan dalam CCRIS.

“Aspirasi sendiri memang tidak akan bersetuju, janganlah membebankan peminjam yang selalunya adalah golongan muda.

“Kami meminta kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU lalu mengakaji semula perkara ini sebelum dilaksanakan, jangan membebankan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya, tindakan yang dikenakan kepada peminjam ingkar sebelum ini sudah memadai .

“Tindakan sebelum ini sudah memadai dengan tidak membenarkan peminjam  ingkar keluar negara,”katanya.

Semalam, media melaporkan PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Katanya, menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar turut berkata, jika perkara itu diteruskan golongan muda yang menyumbang kepada ekonomi negara akan menjadi tidak proaktif apabila beban semakin bertambah.

“Bagilah mereka masa, kalau menambahkan beban seperti ini, mereka akan jadi tidak proaktif.

“Mereka aset negara,”jelasnya.

[Continue reading...]

Sabtu, 28 Desember 2013

Buku Telepon Pertama Hanya Selembar Kertas

- 0 komentar

Buku telepon tiap tahun bertambah tebal. Ini seiring dengan terus bertambahnya pelanggan fixed phone atau telepon rumah, walau pertumbuhannya mulai pelan. Pertumbuhan pengguna telepon seluler memang berlangsung sangat drastis dan menjadi saingan serius bagi pasar telepon rumah.

Untuk mengantisipasi jumlah pelanggan yang makin banyak, buku telepon juga sudah dipecah-pecah. Buku telepon yang diedarkan untuk pelanggan di kota tertentu bakal berbeda isinya dengan buku telepon yang dibagikan kepada pelanggan di kota lain. Jika semua pelanggan di satu negara digabungkan dalam satu buku, bakal tidak terbayang betapa tebalnya buku itu.

Ditambah lagi, saat ini buku telepon juga menjadi salah satu media promosi yang dianggap efektif. Lembaran yang khusus untuk jadi ajang promosi dalam buku telepon dibuat beda warna dengan lembaran direktori pelanggan telepon nonkomersial. Lembaran promosi itu diwarnai kuning, sehingga dikenal dengan istilah Yellow Pages.

Sebelum berubah menjadi sangat tebal, buku telepon sejatinya dimulai dari selembar kertas berukuran lebar 14 centimeter (cm) dan panjang 21 cm. Dalam situs .roscommonhistory.ie dituliskan bahwa buku telepon pertama terbit tanggal 21 Februari 1878 di New Heaven, Connecticut, Amerika Serikat (AS). Buku telepon pertama ini hanya berisi direktori 50 pelanggan telepon.

Barulah di akhir tahun tersebut, buku telepon tidak lagi terbit dalam selembar kertas. Tidak dijelaskan jumlah persisnya, tapi saat itu buku telepon sudah mulai dilengkapi dengan beberapa halaman iklan. Dari sinilah asal mula Yellow Pages mulai muncul. Di tahun ini pula, San Francisco juga memiliki buku telepon untuk para pelanggan di wilayah tersebut.

Seiring dengan terus bertambah luasnya jaringan telepon, buku telepon pun ikut merambah wilayah yang lain. Reuben H Donnelley pada tahun 1886 menerbitkan buku telepon yang halaman promosinya diberi warna berbeda, yakni warna kuning di Chicago. Buku telepon inilah yang untuk pertama kalinya disebut sebagai Yellow Pages.

Di tahun 1906, Donnelley terus mengembangkan buku telepon dengan halaman promosi yang terklasifikasi dengan baik. Sukses di Chicago, Donnelley mencoba peruntungan di wilayah lain. Pada tahun itu dia menerbitkan buku telepon di bawah bendera Michigan State Telepon Co untuk para pelanggan telepon di Detroit.

Tidak hanya di Amerika, perkembangan buku telepon juga terjadi Inggris. Negara ini untuk pertama kalinya membuat buku telepon pada 15 Januari 1880. Buku ini berisi nomor telepon 250 pelanggan di wilayah London. Barulah pada tahun 1896, buku telepon di Inggris berubah menjadi sangat tebal, yakni 1350 halaman dan berisi daftar nomor telepon milik 81 ribu pelanggan.

Saat terjadi peperangan, buku telepon sempat tidak terbit karena terbatasnya persediaan kertas. Tapi begitu perang berakhir, buku telepon kembali hadir ke tangan pelanggan. Bahkan, saat ini pengadaan buku telepon menjadi bisnis tersendiri yang membawa keuntungan besar.

[Continue reading...]

Dating 14 Lelaki Akui Single But Not Available

- 0 komentar

Sejak hubungan cinta yang terjalin seama lima tahun bersama pelakon Hairul Azreen putus di tengah jalan sekitar Februari lalu, aktres Faralyna Idris tidak menoleh ke belakang.

Sebaliknya gadis berusia 22 tahun ini gigih mengukuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon disamping masa senggangnya diluangkan untuk keluarganya.

Bagaimanapun saat ditanyakan sama dia sudah punya pengganti sekarang, Faralyna tidak banyak berdalih. Mengakui dia kini sedang mengenali seorang jejaka namun Faralyna selesa untuk merahsiakkan dulu indeniti teman lelakinya itu. Katanya, pengalaman lalu mengajar supaya tidak terlalu menjaja kisah cinta dan tidak mahu terburu-buru dalam soal kahwin. Lagi pula usianya masih muda.

“Ya, sekarang ni saya sedang mengenali seseorang. Tapi terlalu awal untuk nak cerita lebih. Kami pun baru kenal lebih kurang enam bulan. Dia bukan orang dalam industri. Saya bukanlah nak sorok dia dari pengetahuan semua. Tiada sebab saya nak berahsia, apa gunanya? Sebab, kalau nanti saya keluar dengan dia, orang akan nampak juga.

“Saya masih muda dan belum masanya untuk berkahwin. Fokus saya sekarang pada kerja dan keluarga. Saya belajar daripada kesilapan lalu. Saya tak mahu terlalu menjaja tentang kisah cinta. tapi kalau orang bertanya saya akan jawab. Macam sekarang bila ditanya status saya? Saya, single but not available”, kata Faralyna ketika ditemui pada sidang drama web, Dan Calonnya Adalah… bertempat di Score, The Roof Damansara, semalam.

Dating Dengan Calon-Calon Suami

Sementara itu bercerita tentang drama terbaru lakonannya itu, Faralyna berkata memengang watak sebagai Katrina memberinya satu pengalaman baru dan menyeronokkan apabila dia berpeluang melalui ‘temujanji’ dengan 14 lelaki.

“Satu pengalaman baru sebab saya dapat lalui saat ber-dating, lebih-lebih lagi dating dengan lelaki-lelaki yang ada pelbagai kerenah. Tak pernah terfikir dapat lalui saat macam dalam drama ni. Antara pengalaman paling best, dating dengan Ikhwan. Sebab dia bawa karakter seorang lelaki pemalu, sepatah di tanya sepatah yang dia jawab.

“Dating dengan JS (Ji Sung) pun best sebab dia seorang lelaki yang pentingkan kesempurnaan dan obses dengan diri dia sendiri. Dia nak nampak kacak jer sentiasa, kelakar lah masa ‘dating’ dengan dia.

“Tapi sejujurnya saya tak suka kalau jodoh saya diaturkan oleh ibu bapa. Sebolehnya biarlah saya cari sendiri”, katanya yang mengimpikan seorang lelaki yang simple dan tinggi untuk dijadikan teman hidup.

Dan Calonnya Adalah… mengisahkan Katrina yang didesak oleh ibunya Puan Kamariah supaya berkahwin dengan Haris yanag mana pemuda tersebut adalah lelaki pilihan ibunya itu. Namun Katrina menolak dan berkeras untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri.

Atas bantuan rakannya, Katrina mendaftar di sebuah agensi mencari jodoh. Menerusi satu temujanji ke satu temujanji, Katrina terpaksa berdepan dengan kerenah 14 jejaka antaranya, usahawan paling muda Aman (Haris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Bahrin) Seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwa Hot.FM), Rohan (Aldo Gumara) seorang atlet dan ramai lagi.

Berjayakah Katrina menemui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka yang bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihannya direstuai ibunya? Saksikan Dan Calonnya Adalah… setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari bermula pada 12 Disember ini. – Malaysian Digest
[Continue reading...]

‘Baru fasa kenali hati’ Mahali Jasuli

- 0 komentar

myMetro 10 April 2013

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Kuala Lumpur: “Kami baru saja kenal lima bulan lalu. Bagaimanapun tiada hubungan istimewa kerana kami dalam proses mengenali hati budi,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24 menjawab hubungannya bersama pelakon sensasi, Tasha Shilla, 27.

Mahali yang juga penyarung jersi Selangor berkata, dia mengenali Tasha November tahun lalu dan dijemput menghadiri sambutan hari jadi pelakon terbabit Januari lalu menerusi kelab peminatnya.
“Dari situlah hubungan kami rapat, tetapi hanya sebagai kawan. Saya akui kami sedang mengenali hati budinya, tetapi hubungan itu belum ke tahap yang lebih serius,” katanya.

Kata Mahali, dia mengharapkan semua pihak tidak memperbesarkan persahabatan mereka kerana komitmennya kini terhadap perjalanan karier bola sepak tempatan.
FotoMahali Jasuli

“Kami diperkenalkan selepas saya menyatakan kepada media artis kegemaran saya adalah Tasha Shilla.
[Continue reading...]

Jumat, 27 Desember 2013

Jawab Kontroversi Video Tak Pakai Seluar

- 0 komentar

Aktres dan penyanyi yang sering dikenali dengan imej seksi, Kilafairy memberitahu kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak ekoran videonya yang mencetuskan kontroversi kononnya dia tidak memakai seluar, sikit pun tidak memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya.

“Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaa saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar”,

“Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari Instagram saya”, jelasnya kepada Malaysian Digest.com mengenai isu tersebut, ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga 33,335 persegi, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.

Pada Ramadan lalu, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21 memuat naik sebuah video menerusi laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan dia sedang memakai baju-T sambil menunjukan beberapa gaya. Apa yang mencetuskan isu panas, baju-t berwarna putih yang pakainya itu menampakkan pehanya yang gebu. Sekali tengok, seperti dia tidak memakai seluar.

Namun Kila berkata, isu tersebut memberi pengajaran kepadanya malah selepas ini dia akan lebih berhati-hati. Tidak mahu perkara sama berulang, kata Kila, berkemungkinan selepas ini dia tidak lagi menjadi model kepada koleksi jenamanya, iaitu Rack. Sebaliknya akan mendapat khidmat model lain untuk satu-satu promosi jenama fesyennya itu pada masa akan datang.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja”, katanya.

Dalam pada itu anak bongsu kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini mengakui sejak muncul dalam industri hiburan, dia sinonim dengan jolokan ‘artis simbol seksi’ kerana penampilannya ditambah pula dengan bibir mungilnya mirip Angelina Jolie dan liuk lekuk tubuhnya yang melentik. Bahkan gara-gara ‘label’ sebegitu, dia sering ditawarkan watak-watak yang memerlukan dia tampil seksi.

Bagaimanapun dia kini secara pelahan-lahan cuba mengkikis persepsi tersebut dengan lebih memilih dari segi tawaran juga mengubah penampilan.

“Saya dilabelkan sebegitu mungkin sebab setakat hari ini tak ada lagi lakonan saya yang benar-benar memberi impak dan dapat mengukuhkan nama saya. Tapi saya percaya semua itu perlukan masa untuk saya buktikan pada orang ramai yang saya benar-benar berbakat.

“Saya akui banyak tawaran lakonan terutama untuk filem, memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang. Tapi saya tolak secara baik tawaran tersebut.

“Dan untuk mengikis persepsi tu, sekarang ni saya cuba ubah penampilan misalnya make up saya lebih nipis dan tampil dengan pakaian yang lebih sedap mata memandang”, katanya yang baru empat tahun bergelar anak seni.

Dalam perkembangan lain, Kila dalam proses menyiapkan single keduanya. Selain itu, dia bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur arahan Michael Ang, pada September ini. – Malaysian Digest
[Continue reading...]

Video Bila Ejen Insurans Diajak Belajar Ilmu Hitam!

- 0 komentar
Video: Bila Ejen Insurans Diajak Belajar Ilmu Hitam!


Seorang pembaca Mynewshub memberikan link berikut.
Klip selama 4 minit lebih ini dimuat-naik pada 7 November lalu.
Boleh jugak buat layan di kala bosan.
Lawak sekali perbualan ini. Rasanya lelaki ini saje je mempermainkan ejen tu.
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. sukma blog - Posts · Comments
Powered by Blogger